Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Dituduh Dalang Sebar Video, Ini Jawapan Dewi Remaja Anna Jobling

Pemenang tempat keempat program realiti Dewi Remaja 2018/2019, Anna Jobling menafikan dakwaan dia dalang penyebaran video parti membabitkan bekas juara program itu, Haneesya Hanee bersama dua finalis lain seperti yang tular baru-baru ini.

Published

on

Baru-baru ini, tular penyeberan video parti yang membabitkan bekas juara program Dewi Remaja 2018/19 Haneesya Hanee bersama dua finalis lain.
Bagaimanapun Hanee dan dua lagi peserta terlibat telah tampil memohon maaf dan diambil tindakan susulan isu tersebut.
Tidak habis dengan kes itu, kini terbongkar dalang disebalik penyebaran video berkenaan melibatkan pemenang tempat keempat program realiti ]tersebut iaitu Anna Jobling.
Image result for anna jobling

Menurut Anna, tuduhan itu adalah fitnah yang sengaja dilemparkan atas dirinya selain menganggap ia cakap-cakap segelintir pihak.

 Ingin dijelaskan, bukan saya yang sebarkan video itu. Saya nak bersihkan tuduhan ini. Setakat main tuduh saja, semua orang boleh cakap. Ia adalah fitnah kepada saya. Tetapi tak mengapa, saya maafkan mereka. Saya hanya mahu ‘move’ dan lupakan semua. Paling penting teruskan bersikap positif dengan orang sekeliling.

Menurutnya, perkara yang berlaku membuatkan dirinya terganggu apabila masyarakat memandang serong gelaran Dewi Remaja yang dimiliki.

Image result for anna jobling

Selepas program ini kalau boleh nak terus berkawan dan sama-sama berjaya dalam industri. Tetapi, apabila perkara ini berlaku, ia turut membabitkan saya. Sedangkan sebagai dewi perlu menjaga imej dan menjadi contoh kepada remaja dan masyarakat amnya.

Menurut Anna, dia turut menjadi mangsa serangan netizen di Instagram dan Twitter.

Mereka tak tahu cerita sebenar. Tapi, nak buat macam mana. Saya hanya buat tak tahu saja.

Terdahulu, nama Anna hangat diperkatakan pengguna laman sosial apabila finalis yang didakwa berparti dengan memuat naik paparan skrin perbualan antara mereka.

Selain itu, beberapa status Anna di Twitter dikatakan ditujukan kepada individu terbabit sekali gus menguatkan lagi tuduhan mereka.

 
Sumber dari: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest