Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Dituduh Menjadi ‘Orang Ketiga’ Antara PU Riz Dan Bekas Kekasihnya, Ini Jawapan ‘Tenang’ Neelofa

“Tak perlu buka aib sendiri…”

Published

on

Untuk yang mengikuti perkembangan selebriti dan usahawan popular, Neelofa, pasti tahu mengenai gosip terkini mengenai Neelofa dan pencetus ummah (PU) Riz.

Terdahulu, timbul tanda tanya antara peminat dan netizen apabila kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik foto Neelofa dan PU Riz berpakaian sedondon di majlis perkahwinan adik Neelofa, seperti memberi ‘hint’ mereka sedang menjalinkan hubungan.

Terbaru, Neelofa ada mengeluarkan kenyataan menafikan yang dia menjalinkan hubungan cinta bersama PU Riz. Neelofa juga berkata dia tidak akan menyembunyikan siapa pilihan hatinya, sekali gus pastinya berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh.

“Saya akan kongsi dengan siapa sahaja saya pilih dan akan berkahwin. Bagaimanapun, saya menafikan bercinta dengan PU Riz.

“Jadi, hubungan kami lebih daripada soal kerja kerana dia juga berkawan dengan ahli keluarga saya. Disebabkan itu, PU Riz dijemput hadir ke majlis perkahwinan adik saya.

Menjawab kontroversi sebelum ini mengenai bekas kekasih Pu Riz, iaitu Amal Syahmina yang sebelum ini pernah mengkritik Neelofa memuat naik gambar stokin di instagram stories sehingga mengundang kecaman netizen, Neelofa tampil memberi kenyataan.

Is PU Riz's Ex-GF Blaming Neelofa Over Their Failed Relationship? | Hype  Malaysia

Neelofa memberi tahu bahawa dia tidak tahu menahu siapakah gadis berkenaan dan enggan mengambil tahu mengenai dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga susulan isu tular membabitkan PU Riz dan gadis itu.

Neelofa ketika ditemui berkata, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi hal peribadi membabitkan dirinya.

“Saya tak tahu dan tak ambil kisah. Seboleh-bolehnya saya tak mahu tambah kebimbangan mengenai hal itu. Saya pilih untuk kunci diri daripada benda-benda tak patut dan tak ada apa yang boleh saya komen.”

“Mengenai hal peribadi saya juga tak mahu bercerita banyak kerana bimbang ia boleh makan diri. Tak perlu buka aib sendiri, begitu juga orang di luar sana. Anda ada media sosial jadi lebih baik jangan terlalu dedahkan hal peribadi.”

Terdahulu, bekas kekasih PU Riz iaitu Amal Syahmina tampil memuat naik kenyataan selepas menerima pelbagai kecaman susulan tindakannya mempertikaikan Neelofa yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest