Belum reda dengan kesedihan kerana pemergian anaknya, Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah maluahkan rasa terkilan apabila dituduh menyebabkan kematian anaknya dengan menghentikan mesin bantuan pernafasan yang diberikan kepada Sandra ketika berada di unit rawatan rapi (ICU) pada Jumaat lalu.
Ini susulan ada sesetengah netizen yang ‘dengki’ dengan pemergian Sandra di hari mulia iaitu hari jumaat, fitnah sebegitu dilemparkan kepada ibunya.
“Allahuakhbar..Banyaknya fitnah yang bertebaran. Kuatkan hati hamba Mu ini Ya Allah. Kepada Eina Outlet, Kami tak tau pula kalau kamu salah seorang daripada ahli keluarga kami yang tersesat nun di negeri Kedah.”

“Sehinggakan komen kamu tentang kematian anak saya seolah-olah kamu ada di hospital ketika anak saya meregang nyawa. Saya anggap komen kamu keterlaluan dan ianya FITNAH besar yang harus saya pikul.”
“Kamu seolah-olah menuduh saya telah membunuh anak sendiri dan sengaja memilih tarikh yang jatuh pada hari Jumaat untuk kematian anak saya. Sungguh kamu tak punya hati nurani sebagai seorang insan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Facebook, Syakinah turut memuat naik komen netizen berkenaan yang mendakwa arwah Sandra meninggal dunia pada hari Jumaat selepas keluarga memutuskan untuk menghentikan bantuan alat pernafasan.

Menjelaskan situasi sebenar, Syakinah berkata anaknya sudah boleh bernafas sendiri selepas menjalani pembedahan. Bagaimanapun sehari selepas pembedahan keadaan kesihatan anaknya semakin merosot. Terkilan dengan tuduhan melampau individu berkenaan, Syakinah berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen tersebut yang melemparkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.
“Jadi, di mana rasionalnya kamu menuduh kami ahli keluarganya sengaja menyuruh doktor mencabut mesin pernafasanya sedangkan dia sudah boleh bernafas sendiri?!! Ini fitnah dan saya akan saman kamu!

Kepada semua netizen, sebelum melemparkan sesuatu tuduhan atau komen negatif, tanya diri anda dulu, adakah itu satu keperluan? Adakah melihat kesengsaraan orang lain sesuatu kepuasan untuk anda? Fikirlah sebelum bercakap perkara yang boleh membawa dosa.
Al- Fatihah kepada Allahyarham Sandra Dianne.