Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Dituduh ‘Sombong’ Dan ‘Besar Kepala’, Ben Amir Jawab Spekulasi

Chill lah guys…

Published

on

Ada dakwaan yang mengatakan pelakon popular Drama ‘Sweet Dreams’, iaitu Ben Amir sombong dan tidak mesra. Menjawab spekulasi itu, Ben Amir mengaku dirinya perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan orang lain dan bukannya berlagak sombong.

Mengulas lebih lanjut, Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin berkata, dia meletakkan ‘dinding’ dalam diri bukan disebabkan mahu bersikap kurang ajar, sebaliknya ada alasan tersendiri.

“Mungkin sesetengah orang suka dan mudah mesra, tetapi bukan saya. Memang diakui saya meletakkan ‘dinding’ di depan.

“Bagaimanapun, bukan bermakna saya bersikap kurang ajar. Jika orang melayan dengan baik, saya layan orang dengan lebih baik, tetapi sekiranya ada yang terlebih dulu bersikap kurang ajar, maaf saya tidak akan layan,”

Enggan mengulas mengenai kru dan pelakon drama bersiri Demi yang dijangkiti COVID-19 beberapa bulan lalu, Ben sedar dirinya dituduh sombong mengenai perkara itu.

Dalam drama itu, Ben menjadi pelakon utama yang terbang ke Scotland untuk menjalani penggambaran ketika dunia mula bergelut dengan pandemik itu. Bagaimanapun, Ben bernasib baik apabila pulang lebih awal dan disahkan negatif. Akan tetapi, pengarah Drama itu, Rahila Ali dan pelakon Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Puteri Rayyana Rayqa serta beberapa kru lain disahkan positif COVID-19 sejurus pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu.

Menjelaskan mengapa dia enggan memberi komen mengenai isu COVID-19, Ben berkata, ketika itu dia memerlukan masa dan menunggu semuanya reda.

“Disebabkan itulah saya mengelak mengeluarkan kenyataan. Bagaimanapun, jika membabitkan perkara lain, saya tiada masalah berkongsi.

“Saya tidak memilih media, sebaliknya ada masa, saya tidak menjawab pesanan kerana terlalu sibuk.”

 

 

Sumber dari Berita Harian.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest