Connect with us

Muzik Buzz

Drama Band Lancar Lagu Baharu, Kali Ini Perli Siapa Pula?

Tak sabar!!!

Published

on

Selepas kejayaan lagu Drama oleh Drama Band, kumpulan berkenaan memaklumkan mereka bakal tampil dengan single baharu berjudul Satu Satu.

Kumpulan yang popular menerusi lagu Biarkanlah itu menyatakan perkara tersebut menerusi laman Instagram milik mereka baru-baru ini bahawa lagu berkenaan juga turut dilancarkan tidak lama lagi.

Terkini, menerusi ruangan Insta story rasmi milik mereka memaparkan masing-masing sedang sibuk menjalani penggambaran video muzik lagu tersebut di Melaka.

Menariknya kali ini, mereka turut berpakaian lengkap seperti watak jahat dalam filem terbaharu “Joker”.

Terdahulu menerusi video muzik Drama, kumpulan terbabit telah mengundang kontroversi kerana mereka tidak hanya memperlihatkan pemakaian mereka yang menyerupai wanita, malahan turut dikatakan menyindir isu-isu yang pernah berlaku dalam dunia artis.

Menjengah ke ruangan komen menerusi gambar yang dimuat naik vokalis kumpulan tersebut iaitu Aepul pula, rata-rata memberikan reaksi positif selain tidak sabar untuk mendengar lagu baru mereka.

View this post on Instagram

Hai guys. #MVDrama #SatuSatuDramaband

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza) on

  • @mr.laicisejuk_: Yahhhhhhhh buat hal lagiii. Halu pulis. Halu midia. HHAHAHAHAHAHHAA . Muka2 dah ready jawapan ni
  • @kakngohh_: drama bende pulak kali nih ?
  • @pueraelrachid: Ini yg tak sabar ni,hahaha

 

Sumber daripada: Instagram Drama Band & Aepul.Roza

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest