Connect with us
You Da Boss

Konsert

Dua Negeri Ini Bakal Dikunjungi Alif Satar Untuk Jayakan Konsert Mininya Bersama Raihan

Ada kumpulan Raihan!

Published

on

Kalau terdahulu penyanyi Alif Satar pernah menyatakan yang dia belum bersedia untuk menganjurkan sebarang konsert berskala besar, namun perasaan itu berubah selepas kejayaan Jelajah Mini Showcase pertamanya yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 14 September lalu.

“Saya bersyukur dan gembira dengan sambutan dan sokongan yang diterima pada malam itu.”

Dalam persembahan berkenaan, Alif menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Akhiri Penantianku, Nona Jakarta, Akan Tiba, Sesungguhnya Aku dan lagu terbarunya iaitu I Want You To Love Me.

Alif turut menjemput kumpulan nasyid popular Raihan menyanyikan lagu Iman Mutiara dan Thank You Allah.

“Mula-mula saya bertanya kepada mereka, bolehkah menyanyi di tempat seperti itu? Namun, kata mereka menyanyi adalah cara mereka berdakwah dan tidak kira di mana saja tempatnya.”

Alif berkata, sambutan yang diterima terhadap kehadiran Raihan juga sangat luar biasa dan jika tiada halangan untuk jelajah seterusnya pihaknya mungkin akan mengundang Raihan.

Selepas ini, Alif akan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Pulau Pinang pada 28 September, Kota Kinabalu (12 Oktober) dan Melaka (20 Oktober).

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest