Connect with us
Selamat Hari Raya

Rilis

Dua Tahun Floor 88 Tak Dapat Raya

Sempoi lah lagu raya ni!

Published

on

Tahun 2019, kumpulan Floor 88 bersama penyanyi Baby Shima telah mengeluarkan lagu Raya berjudul Tak Dapat Raya. Siapa masih ingat?

Nampak gayanya, kumpulan yang dianggotai oleh enam jejaka (Ayie Elham, Falique, Eric Fuzi, Achoi, Akram, dan Amir) itu sekali lagi tak dapat beraya tahun ini apabila tampil dengan single terbaru berjudul Tak Dapat Raya Lagi susulan wabak berbahaya yang sedang melanda negara, Covid-19.

Kali ini, Floor 88 masih bergabung suara bersama Baby Shima dalam muzik video lagu terbaru mereka itu.

Lagu Tak Dapat Raya Lagi merupakan ciptaan Zai Hamzah, lirik oleh FTiut, Romeo Manja & Floor88 manakala susunan muziknya hasil sentuhan Harry Khalifah.

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik yang dilancarkan pada 21 Mei sempena kehadiran Syawal itu telah berjaya meraih lebih 400,00 jumlah tontonan serta trending di laman YouTube.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest