Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

‘Dynamite’ Lebih Menyengat! Atasi ‘How You Like That’ Oleh BLACKPINK

Luar biasa!

Published

on

Kumpulan Kpop terkenal iaitu BTS terus menyerlah apabila lagu baharunya ‘Dynamite’ berjaya mencipta rekod menjadi muzik video paling tinggi tontonan iaitu 98 juta dalam tempoh 24 jam sekali gus mengatasi rekod terdahulu dipegang oleh BLACKPINK.

Kalau korang nak tahu, muzik video tersebut baru sahaja dilancarkan empat hari lalu, namun dah mendapat hampir 200 juta tontonan! Woot woot!

Luar biasa, Kumpulan K-Pop terkemuka ini sekali lagi mencipta sejarah. “Dynamite” adalah salah satu lagu yang paling dinanti-nantikan para peminat K-Pop terutamanya ARMY.

BTS Break More Records With 'Dynamite' Music Video! - The Honey POP

Lagu Dynamite juga menjadi no.1 trending di Youtube dan ianya memberikan satu pencapaian membanggakan buat BTS memandangkan ia lagu sulung mereka dalam bahasa inggeris sepenuhnya.

Menerusi satu wawancara, kumpulan itu mendedahkan misi utama lagu berkenaan adalah untuk menaikkan semangat serta harapan buat semua yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kami beroleh kebebasan dan kebahagiaan menerusi nyanyian dan tarian. Lagu ini khas buat mereka yang perlukan sokongan kala ini,” kata BTS.

Terdahulu, BLACKPINK memegang rekod terbabit apabila lagu How You Like That merekodkan angka tontonan lebih 86.3 juta dalam sehari.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest