Connect with us
Hot Selebriti

Filem

Ejen Ali Lebarkan Sayap Ke Indonesia

Bertindak segera!

Published

on

Selepas berjaya menempa nama di dua negara termasuk Singapura dan Brunei, filem Ejen Ali The Movie kini menaiki satu lagi anak tangga apabila bakal melebarkan sayap ke Indonesia pula.

Filem yang turut berjaya mencatat kutipan RM28 juta dalam tempoh tiga minggu tayangan tersebut akan ditayangkan di 100 pawagam di seluruh Indonesia bermula 1 Januari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, pihaknya teruja apabila Ejen Ali The Movie menjadi filem animasi pertama terbitan Primeworks Studios yang berjaya menembusi pasaran filem animasi Indonesia.

Image result for ahmad izham omar

“Permulaan yang baik buat kami untuk 2020. Ia seperti mendapat hadiah tahun baharu apabila filem ini dapat diperluaskan di pasaran serantau dengan menjadi filem animasi pertama terbitan Primeworks Studios yang berjaya menembusi pasaran filem animasi Indonesia.”

Pihaknya turut berharap gelombang fenomena Ejen Ali akan berterusan hingga ke Indonesia kerana filem yang dihasilkan Usamah dan ahli ‘Wauriors’ ini mempunyai nilai sinematik yang sangat tinggi selain terbukti berjaya menambat hati ramai penonton.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin berkata, pihaknya berharap filem ini akan mendapat sokongan padu peminat Ejen Ali di Indonesia.

“Terima kasih semua pihak yang tidak pernah putus asa menyokong Ejen Ali. Kami sedaya-upaya memenuhi permintaan peminat Ejen Ali di Indonesia supaya filem ini ditayangkan.”

Ejen Ali The Movie berkisar mengenai Ali, 12, direkrut menjadi perisik di Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu dia bukan satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS-Infinity Retinal Intelligence System).

Inovasi baharu itu dipersoalkan Ali apabila dia berasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest