Connect with us

Filem

Ejen Ali The Movie: Babak Mamak Maju Trending No.1 di Youtube!

Cayalah!

Published

on

Pelik rasanya kalau ada diantara pembaca tak pernah melepak di restoran ‘mamak’ yang sentiasa menjadi pilihan lokasi setiap rakyat Malaysia.

Terkini, tular di laman sosial Twitter apabila filem Ejen Ali The Movie berjaya mengangkat babak di restoran ‘mamak’ selepas beberapa hari ia ditayangkan di pawagam.

Kemunculan babak nyanyian dan tarian lagu Mamak Maju menerima reaksi yang positif daripada penonton kerana melodinya yang menghiburkan.

Untuk rekod, filem berkenaan telah mencatat kutipan lebih RM13 juta selepas satu minggu ditayangkan di pawagam serentak di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ejen Ali The Movie mengisahkan tentang Ali, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baharu ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

Pada saat itu, dia didatangi oleh seorang individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest