Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Filem

Ejen Ali The Movie : RM13 Juta Seminggu!

Cayalah Ali! Jom serbu pawagam berdekatan…

Published

on

TAHNIAH! Filem animasi Ejen Ali The Movie meraih kutipan RM13 juta hanya selepas tujuh hari ditayangkan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei.

Filem yang menjadi pilihan utama dalam kalangan penggemar filem itu terdahulu mengungguli tempat pertama dalam carta filem pecah panggung tempatan dengan kutipan melebihi RM1.8 juta selepas hari pertama ditayangkan.

Bagi anda yang belum berkesempatan menyaksikan filem ini ia mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang direkrut menjadi penyiasat bagi sebuah agensi perisikan dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA). Ali ditugaskan melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik timbul apabila Ali mendapat tahu dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa iaitu Infinity Retinal Intelligence System (IRIS).

Gajet itu diubahsuai menjadi IRIS Neo, perkakasan yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen lain. Inovasi baharu ini dipersoalkan Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat.

Pada saat itu, Ali didatangi individu misteri yang mendakwa tahu kisah silamnya. Jadi, bermulalah pengembaraan Ejen Ali demi membongkar kebenaran biarpun kesetiaannya terhadap MATA teruji.

Selain jalan cerita yang epik, lagu tema filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation itu juga Bukalah Matamu serta Kita Jaga Kita turut memain peranan penting dalam kejayaan filem ini.

Jom kita serbu pawagam berdekatan sekarang juga!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest