Connect with us

EJEN ALI THE MOVIE

Primeworks Studios dan Wau Animation hari ini mengumumkan tayangan serentak EJEN ALI THE MOVIE di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 28 November 2019. EJEN ALI THE MOVIE merupakan filem pertama siri animasi popular TV Ejen Ali yang sudah bersiaran selama dua musim, diangkat dari kaca TV ke layar perak atas sambutan hebat penonton.

EJEN ALI kini menjadi salah satu daripada jenama animasi popular Asia yang telah berjaya meraih lebih dari 2 juta penonton di TV3 serta mempunyai lebih dari 1.4 juta pengikut di laman rasmi YouTube. Sejak tayangan pertama siri Ejen Ali di Malaysia pada tahun 2016, animasi ini telah meraih minat stesen media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara, termasuk di rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV Indonesia dan AlMajeed TV di serantau Timur Tengah dan Afrika Utara.

EJEN ALI THE MOVIE mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar. Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS - Infinity Retinal Intelligence System ). Gajet tersebut telah diubahsuai menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain. Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement