Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Onz

Elak Virus, Fasha Sandha Kongsi Aktiviti Bersama Keluarga

Apa aktiviti korang pula?

Published

on

Sudah masuk hari ke- 10 Perintah Kawalan Pergerakan.

Sudah pasti anda di rumah pun mulai rasa bosan dan tidak tahu ingin buat aktiviti apa lagi kan?

Sebenarnya, banyak perkara yang boleh dilakukan di rumah bersama keluarga ataupun rakan anda untuk menghilangkan kebosanan.

Bagi pelakon Fasha Sandha yang mempunyai dua orang anak kecil, dia amat menitikberatkan soal keselamatan.

Menerusi laman Instagramnya, Fasha ada berkongsi aktiviti yang dilakukan anak-anaknya ketika negara dilanda Covid-19.

Video yang dikongsikan itu menyaksikan suaminya, Aidil Aziz melakukan aktiviti senaman pada waktu petang bersama Putra Rayfal Ramli, 6 dan Putri Raysha Jemaima, 5.

Kata Fasha, tidak elok untuk galakkan anak-anak bermain gadget sahaja setiap masa.

Tambah pelakon drama Semua Salahku itu lagi, dapat melihat anak-anak depan mata cukup membahagiakan dirinya.

Untuk rekod, Fasha dan Aidil berkahwin pada 30 Mac 2019 dan kini sedang menanti hari untuk menimang cahaya mata pertama mereka.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest