Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Elfira Loy Titip Ucapan Buat Anak Sempena Hari Jadi, Indahnya Doa!

Happy birthday, El!

Published

on

Elfira Loy ada berkongsi gambar bersama anak lelakinya, Rayyan di Instagram pada 9 Mac lalu.

Memasuki usia 26 tahun, pelakon drama Samson dan Delaila itu menitipkan azam baru serta doa terindah buat putera kecilnya.

Pada 8 Mac lalu, isteri kepada Faris Khairol Anuar itu telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 di sebuah restoran.

View this post on Instagram

Thanks love @fariskanuar for the dinner , can’t remember the last time we had dinner with both families, definitely the kind of birthday dinner that i want . Muahhhh! thank you gal for the birthday cake @vanillicious !

A post shared by @ elfiraloy on

Bersempena dengan itu, Elfira yang bergelar ibu diusia muda berharap agar Rayyan dapat jadikannya sebagai role model, ibu yang hebat selain berdoa anak terunanya itu menjadi anak yang soleh.

Selain itu, Elfira juga berjanji pada diri sendiri untuk membaca sekurang-kurangnya satu muka surat ayat suci Al-Quran bersama Rayyan.

View this post on Instagram

twentysix 🤎

A post shared by @ elfiraloy on

Untuk rekod, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri dan suami, Faris Khairol Anuar telah berkahwin pada 1 Januari 2019 dan kini memiliki seorang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf berusia lima bulan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest