Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Elly Mazlein Sedia Bergelar Isteri Lagi

Pelakon cantik manis, Elly Mazlein dikatakan sedia untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi apabila kini lebih terbuka untuk berbicara tentang kisah cinta dengan kekasih hati baru.

Published

on


Pelakon cantik manis, Elly Mazlein dikatakan sedia untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi apabila kini lebih terbuka untuk berbicara tentang kisah cinta dengan kekasih hati baru.
Masih merahsiakan namanya, Elly mendedahkan teman lelakinya itu seorang lelaki yang baik dan menjaga solat.

“Dia seorang yang sangat baik. Selain selalu meluangkan masa menjaga anak saya, iaitu Sefhia dan dia juga tidak pernah tinggal solat,” katanya.

“Setiap kali tibanya waktu solat Subuh, dia pasti akan menghubungi saya mengingatkan supaya mengerjakan solat. Hal ini menyebabkan saya tidak sabar untuk solat berjemaah bersamanya,” ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan, Elly mula mengenali kekasihnya itu sejak Ogos tahun lalu dan bakal bertemu dengan keluarga kekasih pada Mac ini.

Terdahulu, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 dan bercerai pada tahun berikutnya. Hasil perkahwinan mereka, Elly dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest