Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

Elyana Jadi Diriku 19 ‘Live in Concert’, Hadiah Istimewa Elyana Buat Penghidap Kanser

Penyanyi Elyana mengakui kesihatannya kembali stabil selepas dia menjalani rawatan radioterapi.

Published

on

Penyanyi Elyana mengakui kesihatannya kembali stabil selepas dia menjalani rawatan radioterapi.

Ini ekoran pada awal tahun ini, kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya hampir merebak ke seluruh tulang belakang.

Bakal mengadakan konsert sulung yang diberi nama Elyana Jadi Diriku 19 ‘Live in Concert’, ia merupakan impian besar buat pelantun lagu Kalis Rindu itu.

Konsert itu akan diadakan pada 6 Julai di Bentley Music Auditorium, Damansara sebagai pemberi semangat kepada golongan penghidap kanser sepertinya.

“Saya mahu semua tahu penghidap kanser boleh melakukan apa yang mereka mahu. Ia adalah permulaan untuk kita mengatur hidup lebih baik dan bukan untuk diratapi. Saya mengalukan penghidap kanser untuk turut hadir menyaksikan konsert ini nanti,” katanya.

Ketika konsert itu nanti, Elyana akan dipantau oleh doktor dan dia dijangka mempersembahkan himpunan lagu popularnya selama satu setengah jam.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest