Home > #PenaHot > Elyana Umum Hidap Kanser Tahap 4

Elyana Umum Hidap Kanser Tahap 4

Penyanyi Elyana malam tadi mendedahkan dia menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat ketika diumumkan tersingkir daripada sebuah program hiburan.

Elyana memberitahu dia disahkan menghidap kanser tahap kedua sebaik sahaja melahirkan puteri sulungnya, Cinta Sumayyah, kira-kira tujuh tahun lalu.

Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, jadi saya ingin membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan penyakit ini dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

Elyana turut memberitahu dia takut untuk tidur setiap malam kerana bimbang tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi.

Malah, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.

Image result for elyana

“Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari,” kata Elyana.

Dia turut memberitahu, kehilangannya dalam radar dunia seni kerana menjalani rawatan dan berada dalam keadaan lemah.

“Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

“Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti chemoteraphy dan cabar diri saya untuk berjuang.

Syukur umur saya panjang sampai hari ini.”

Apa-apa pun kami doakan semoga Elyana terus kuat, dan semoga pesakit diluar sana yang menghidap penyakit sama seperti Elyana untuk terus kekal positif.

 

Sumber dari: Berita Harian

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply