Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

Enggan Berpura-Pura, Fathia Latiff Buka Hijab

“Suka hatilah saya nak buat apa, ini pilihan hidup saya.”

Published

on

Pelakon sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff mengaku tidak mahu terus berpura-pura sedangkan hidupnya tidak pernah tenang sejak berhijab.

Berita Harian

Fathia mendakwa keputusan membuka tudung sudah lama difikirkan, tetapi dirinya masih mahu menjaga hati keluarga.
Namun, luah Fathia, hatinya tekad mahu menjadi diri sendiri lantas menanggalkan tudung.

“Suka hatilah saya nak buat apa, ini pilihan hidup saya. Saya berhak memilih jalan terbaik. Orang nak cakap saya sakit atau depresi terserahlah.

“Saya hanya menjadi diri sendiri, saya tidak mahu berpura-pura. Tiada gunanya bertudung litup tetapi masih tidak berubah.

“Saya mahu membersihkan hati dulu, sebelum berubah.”

Menurutnya lagi, dia tidak mahu memikirkan kecaman netizen kerana sudah biasa ‘dipijak’ dan dihina.

“Bukan saya tidak cuba istiqomah, tetapi nampaknya saya tidak mampu. Saya anggap ini kekurangan diri yang harus saya perbaiki.”

Sebelum ini, Fathia mengundang tanda tanya apabila memuat naik gambar dirinya yang tidak bertudung.
Dia juga memadamkan semua foto lama dalam Instagram.

 

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest