Connect with us

Muzik Buzz

Eric Fuzi Terharu Diberi Kepercayaan Mengarahkan Video Muzik OST Sara Sajeeda

Wow hebat!

Published

on

“Alhamdulillah, diberi kepercayaan lagi untuk mengarahkan sebuah lagi music video.”

Itulah kata-kata Eric Fuzi menerusi laman Youtube baru-baru ini yang menzahirkan rasa kesyukuran selepas diberi kepercayaan untuk mengarahkan video muzik Bicara Rasa nyanyian Sara Suhairi dan Ariff Bahran.

Sementara itu, Eric turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi lagu tersebut iaitu Sarah dan Bahran selain individu yang terlibat dalam pembikinan lagu itu termasuk Sang Hitam dan Rudy Kasmaran.

Lagu yang telah meraih lebih daripada 700,000 jumlah tontonan ini turut dijadikan sebagai runut bunyi drama rantaian Sara Sajeeda.

Sara Sajeeda yang telah mula ditayangkan sejak 3 Oktober lalu menerusi slot Samarinda TV3 Dibintangi pelakon hebat termasuk Tiz Zaqyah dan pelakon yang diimport dari Pakistan iaitu Arslan Asad Butt setiap jam 10 malam.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest