Connect with us
You Da Boss

Konsert

Exists Teruja Hiburkan Peminat Sabtu Ini

Konsert Exists Reunion buat pertama kali menggabungkan semua formasi asal Exists.

Published

on

Konsert Reunion Exists bakal berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Exists yang kini giat menjalani latihan sebagai persiapan terakhir mengakui teruja untuk menghiburkan peminat mereka.

Untuk pengetahuan, Konsert Reunion ini buat pertama kali menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua penyanyi mereka iaitu Mamat dan Ezad.

“Selain meningkatkan kemampuan vokal, saya juga memastikan stamina dijaga. Untuk menyanyi dalam konsert berdurasi kira-kira dua jam bukan saja memerlukan kekuatan fizikal tetapi juga mental.

“Sebagai penyanyi, saya cuba memberikan sesuatu yang tidak pernah mereka rasai dalam mendendangkan lagu-lagu popular Exists,” kata Ezad.

Sementara itu, Ezad berkata, dia hanya akan berduet dalam dua atau tiga lagu bersama Mamat dan selebihnya secara berasingan memandangkan Ezad lebih lama bersama kumpulan itu.

Istimewanya, peminat yang hadir ke Konsert Exists Reunion pada 28 September ini bakal menyaksikan Shah yang popular dengan kumpulan Slam akan kembali bersama Exists.

Pada 5 Oktober depan, Exists akan menghiburkan peminat mereka di Singapura pula dan tiket untuk konsert berkenaan sudah pun habis dijual.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest