Hiburan
Eyra Hazali Tiada Niat Mahu Rahsiakan Pertunangan, Sebaliknya…
Pelakon yang popular menerusi drama Mocha Kau Bahagia 2, Eyra Hazali kini sah menjadi tunangan kepada penjaga gol pasukan bola sepak bawah 22 tahun (B22), Haziq Nadzli.
Pelakon yang popular menerusi drama Mocha Kau Bahagia 2, Eyra Hazali kini sah menjadi tunangan kepada penjaga gol pasukan bola sepak bawah 22 tahun (B22), Haziq Nadzli.
Namun, tali pertunangan yang diikat pada 1 Disember lalu itu tidak diketahui ramai pihak, apabila majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.
Eyra bagaimanapun menjelaskan, dia tiada maksud untuk menyembunyikan berita gembira tersebut sebaliknya keputusan yang dibuat adalah atas permintaan keluarga yang mahu majlis tersebut dirahsiakan.
Selain itu, Eyra juga mahu menghormati privasi tunangnya yang bukan selebriti.
Dalam pada itu, gambar pertunangan mereka terlebih dahulu tersebar dalam laman sosial sebelum pelakon berusia 19 tahun itu sendiri memuat naik beberapa keping gambar dalam Instagramnya.
“Alhamdulillah,one step closer 💍
No words can describe how grateful i am to have him in my life. If i have only one day to write about him,i know i’ll be running out of time because there are so much things to write about my man. Thank you to you and mak,ayah,along,ika,epy,ijie and the rest of the families for accepting me ❤️ . Thank you to my family and friends as well for helping out during the day and accepting Haziq. Last but not least,thank you for all the wishes. ❤️” Tulisnya.
Bercerita mengenai detik-detik perkenalan pula, Eyra memberitahu mereka cuma berkenalan selama setahun ketika Sukan Sea pada tahun lepas sebelum dia mengikuti tunangnya itu di laman Instagram.
Tahniah Eyra! Semoga cepat-cepat naik pelamin ya.
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya