Connect with us
Projek Radio

Drama

“Faham sepak terajang, kritikan peminat…” Sheila Rusly Merajuk?

Sheila masih ada perasaan

Published

on

“Saya tidak kisah dikritik tetapi janganlah sehingga maki hamun, caci-maki dan kurang ajar.”

Pelakon dan penerbit Sheila Rusly mengaku terkilan dengan dakwaan drama Bukan Gadis Biasa sebagai drama ‘sampah’.  

Menurutnya, selama 35 tahun dalam dunia seni, dia sudah faham dengan kritikan dan ‘sepak terajang’ peminat, namun dia masih mempunyai perasaan. 

“Saya tidak mampu memuaskan hati semua orang. Tetapi saya juga tidak boleh memaksa orang menonton cerita saya.”

Watak Opah Aminah dalam drama Bukan Gadis Biasa yang disiarkan di TV3 sepanjang bulan Ramadhan mencetus kontroversi, namun menafikan dia merajuk hingga mahu berehat daripada dunia lakonan.

Menurutnya, dia membuat keputusan mahu berehat daripada dunia seni kerana terlalu penat selepas 35 tahun mengabdikan diri.

Namun tambahnya,

“Tetapi, sekiranya ada watak menarik yang boleh mencabar kemampuan sebagai pelakon, saya akan terima,” 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest