Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik Buzz

Faizal Tahir Ambil Masa Lima Tahun Siapkan ‘Ratu’

Ratu merupakan balada pertama Faizal selepas 2 tahun.

Published

on

Selepas kejayaan dengan kemunculan single Bisa Aja, penyanyi popular Faizal Tahir kini tampil dengan lagu terbaru berjudul Ratu.

Menurut Faizal, Ratu disifatkannya begitu istimewa kerana proses pembikinannya yang lebih teliti berbanding lagu-lagu lain.

“Saya dan pasukan kreatif mengambil masa lima tahun menyiapkan lagu ini, malah susunan muzik ditukar enam kali untuk memastikan hasil yang terbaik,” katanya.

Faizal juga mengakui beliau mencuba pelbagai eksperimen dalam mencari sesuatu yang berbeza dan unik sebelum menghasilkan lagu ini buat peminat kesayangannya.

“Menerusi lagu ini, saya cuba melakukan eksperimen dengan menghasilkan sesuatu yang unik, tetapi mempunyai elemen kontemporari untuk halwa telinga,” ujarnya lagi.

Ratu adalah hasil ciptaan Faizal bersama Mike Chan dan Mage serta merupakan balada pertama beliau selepas 2 tahun.

“Lirik lagu ini berkisar luahan rasa lelaki terhadap wanita yang dicintai, sekali gus menghargainya dengan memberi penghormatan tertinggi sebagai ratu hidup,” kata Faizal.

Jom kita layan sikit muzik video rasmi Ratu versi lirik dari Faizal Tahir!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest