Connect with us
Selamat Hari Raya

Muzik Buzz

Faizal Tahir, Dayang Bakal Berduet?

Sama-sama kita nantikan karya dari kedua-dua penyanyi ini.

Published

on

Dua penyanyi tanah air berbakat besar, Faizal Tahir, 41, dan Dayang Nurfaizah, 38, memberi bayangan bakal bekerjasama dan berpadu suara.

Hal ini selepas kedua-dua mereka dilihat telah memuat naik sebuah video di laman Instagram masing-masing dengan kapsyen ‘X Missing U’ pada tarikh yang sama iaitu 9 Februari 2020.

Di sebalik video tersebut, kedengaran suara Faizal dan Dayang bernyanyi bersama.

View this post on Instagram

x missing u

A post shared by FT (@faizal_tahir) on

View this post on Instagram

X Missing U

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

Jika benar, perkara itu sudah pasti akan memberi kejutan sekaligus menggembirakan hati peminat.

Sebelum ini, Faizal yang telah mencurahkan bakatnya hampir dua belas tahun dalam dunia seni pernah memberitahu dia mahu berhenti menyanyi dan hanya berkarya melalui tulisan lirik dan ciptaan lagu.

Tidak dinafikan, lagu lagu hasil nukilan Faizal mempunyai ‘aura’ tersendiri sehingga hampir kesemua lagu ciptaannya menjadi hit dan laris di pasaran tempatan.

Vokal serak-serak basah dan gemersik dimiliki Dayang pula mampu mengukuhkan statusnya sebagai penyanyi versatil sekaligus kekal relevan mengikut pasaran muzik.

Untuk pengetahuan, Dayang telah mewarnai industri seni selama 20 tahun sejak awal kemunculannya pada tahun 1999.

Sama-sama kita nantikan karya dari kedua-dua penyanyi ini.

 

 

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest