Connect with us
Hot Selebriti

Eksklusif

Fakta Menarik Tentang KEDAI AYAMAS Yang Semua Orang Malaysia Perlu Tahu

5 fakta menarik mengenai Kedai Ayamas yang ramai belum tahu adalah:

Published

on

Nama Kedai Ayamas memang dah tak asing lagi bagi rata-rata orang Malaysia. Almaklumlah, ia milik tempatan.  KEDAI AYAMAS dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, iaitu anak syarikat kepada KARA Holding Sdn Bhd milik penuh Johor Corporation. 5 fakta menarik mengenai Kedai Ayamas yang ramai belum tahu adalah:

Pilihan Ayam Panggang yang Lazat

KEDAI AYAMAS menyediakan 3 pilihan ayam panggang yang enak iaitu Golden, Pepper dan Percik. Ayam Panggang Golden memberikan rasa asli ayam panggang dengan rasa manismadu, manakala Ayam Panggang Pepper pula mempunyai rasa pedas-pedas menyengat daripada perapan lada hitam yang terbaik dan segar. Dan akhir sekali, tak lain tak bukan citarasa tradisional melayu, Ayam Panggang Percik yang dipanggang dengan sos percik yang kaya dengan perapan santan dan serai memberikan aroma yang cukup unik.

Peneraju Ayam Segar dan Halal

Di KEDAI AYAMAS, anda tak perlu was was dan ragu-ragu lagi, kerana produk di KEDAI AYAMAS dibekalkan oleh kilang yang mendapat akreditasi jabatan veterinary dan semestinya dijamin halal oleh JAKIM. Ayam Panggangnya juga diperap daripada bahan segar, berkualiti dan halal sejak 1988 lagi.

Healthy, Hygienic & Halal

Bagi yang pernah singgah ke KEDAI AYAMAS, pasti anda dah boleh bayangkan suasana Kedai yang moden, bersih dan selesa. Ini kerana Kedai Ayamas sangat menekankan konsep 3H iaiatu Healthy, Hygienic & Halal.

3 dalam 1

Bukan setakat menjual ayam segar, malah KEDAI AYAMAS turut menjual produk sejuk beku lain seperti sosej, burger dan nugget. Selain itu, mereka turut menyediakan makanan “Ready –To-Eat” seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai dan pelbagai lagi produk rempah ratus, sos dan minuman. Tiga konsep KEDAI AYAMAS adalah Kedai, Kios dan Restoran yang menyajikan pilihan menu masakan yang pelbagai dan enak.

Pelbagai Menu Istimewa

Selain 3 menu utama tadi, KEDAI AYAMAS juga sering menyediakan ayam panggang unik dan istimewa untuk jangka masa tertentu. Bukan tu je, mereka juga ada aneka menu pasta seperti spaghetti Bolognese, carbonara dan aglio dan juga menu khas untuk kanak-kanak.

Promosi Istimewa

Pada setiap 15 dan 30 haribulan, KEDAI AYAMAS menawarkan harga Ayam Panggang pada harga diskaun. Anda juga mungkin tak nak terlepas mengunjungi KEDAI AYAMAS pada “Thursday Special” dan menikmati promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan set Nasi Ayam dan Air Mineral pada harga bermula dari RM11.50.

Boleh didapati di Seluruh Negara

Siapa sangka KEDAI AYAMAS mempunyai rangkaian yang begitu luas di seluruh Malaysia. Ada sehingga 61 rangkaian KEDAI AYAMAS di seluruh negara. Tak de masalah lah kalau anda teringin nak dapatkan produk daripada KEDAI AYAMAS semasa berkunjung ke mana-mana negeri dalam Malaysia ni kecuali di Sabah & Sarawak.

Tunggu apa lagi, kalau dah baca fakta je pun dan kecur air liur anda perlu kunjungi KEDAI AYAMAS sekarang! Info lanjut boleh didapati di laman web KEDAI AYAMAS.

Kunjungi juga laman media sosial Kedai Ayamas untuk promosi menarik.

FACEBOOK :    Kedai Ayamas -Ayamas Roasters      

INSTAGRAM :  kedai_ayamas

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest