Home > #PenaHot > Fara Fauzana Kahwin 17 September 2016!

Fara Fauzana Kahwin 17 September 2016!

Setelah muncul dengan beberapa spekulasi & desas-desus. akhirnya bekas penyampai radio Fara Fauzana membuka mulut sendiri.

“Walaupun ramai yg mengatakan saya muncul dengan produk terbaru, rancangan baru & juga berkahwin. Ya, saya Fara Fauzana akan menamatkan zaman bujang saya pada 17 September 2016 ini” kata pengacara Muzik-Muzik yg bakal bergelar isteri kepada jejaka yang mahu dikenali sebagai “Hafiz”.

Fara & Hafiz juga menetapkan tarikh 17 September sebagai hari pernikah mereka.
Majlis resepsi perkahwinan Fara Fauzana & Hafiz akan di langsungkan bertempat di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara. Tahniah buat Fara Fauzana & Hafiz daripada kami di Hot FM. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga! 😀