Connect with us

Update

Farah Nabilah Umum Nikahi Juruterbang 20 Disember Ini

Tahniah Farah Nabilah!

Published

on

Pelakon Farah Nabilah hari ini secara rasmi telah memaklumkan dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi bersama dengan jejaka pilihan hatinya.

Aktress yang popular menerusi drama rantaian Bukan Bidadari itu turut memberitahu dia bakal bakal bernikah pada tanggal 20 Disember ini bersama pasangannya Mohammed Amirul Yunus.

Menerusi sidang media yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara itu, bakal suami Farah Nabilah turut memaklumkan dia kini sedang bertugas sebagai juruterbang.

Selain itu, Farah Nabilah turut memaklumkan mereka diperkenalkan oleh sahabat baiknya sendiri yang juga pelakon iaitu Izara Aishah.

Amirul menerusi satu portal hiburan online menjelaskan dia tertarik dengan senyuman Farah Nabilah selain tidak menghalang kerjaya seninya selepas mereka berkahwin.

 

Sumber daripada: Instagram mahligaicintaTV3 & TV3 Malaysia

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest