Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Farid Kamil, Diana Danielle Berpisah???

Siapa yang tak kenal dengan pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil kan?

Published

on


Siapa yang tak kenal dengan pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil kan? Okay, jangan terkejut dulu baca tajuk artikel ni.
Sebenarnya, Farid dikatakan harus melupakan hasratnya untuk mengikuti kursus pengajian selama tiga bulan bersama isteri tercinta, Diana Danielle di Australia tahun ini sekiranya gagal mendapatkan pasport daripada mahkamah.
Namun menurut pelakon filem I’m Not Single itu, jika mahkamah menetapkan untuk tidak memulangkan pasportnya, Diana tetap akan meneruskan perancangan tersebut dan menetap buat sementara waktu di Australia bersama dua orang anak mereka.

“Saya perlu mendapatkan semula pasport untuk mengikuti pengajian bersama isteri di luar negara. Sekiranya permohonan saya gagal, maka isteri akan tetap terbang ke Australia dan meneruskan pengajian seperti yang dirancang,” katanya.

Untuk pengetahuan, Diana sebelum ini pernah berkongsi rancangannya untuk menyambung pengajian dalam bidang perfileman di New York Film Academy di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Terdahulu, pada 16 Januari 2018 Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan, iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest