Connect with us
Projek Radio

Onz

Fasha Sandha Bakal Timang Baby Girl!

Tak sabar nak tunggu Fasha junior!

Published

on

“It’s a GIRL!”.

Itu antara kapsyen yang ditulis pelakon jelita, Fasha Sandha, 35, di laman Instagram mendedahkan dia bakal melahirkan bayi perempuan tidak lama lagi.

Fasha kini sedang hamil 15 minggu, anak pertama hasil perkongsian hidup dengan aktor, Aidil Aziz.

Berikut merupakan perkongsian video Fasha yang telah meraih lebih 476,000 tontonan sejak dimuat naik pada 18 Februari.

View this post on Instagram

Sejujurnya, ambil masa banyak hari juga memikirkan samada nak post atau tak video ni , akhirnya saya memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilan saya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat. Saya dan suami diuji sebelum ni kerana pernah 2 kali kerana keguguran diawal kehamilan. Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu, Allah gantikan dengan kandungan yang sihat. Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya DS Vie Shanti untuk berjumpa dengan Dato Doktor Rafi.Saya juga pernah hampir berputus asa juga, tapi semangat yang diberikan oleh Vie dan suami, memberikan saya kekuatan untuk berjumpa doktor.Kehamilan diusia 35 bukanlah sesuatu yang mudah. Paling teruk alahan nya, lemah, melepet, kena cucuk setiap minggu, makan Duphaston (ubat kuat rahim)3 kali sehari, sampai ada hari kena marah dengan suami dan Doktor sebab mengelat nak makan ubat. Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah combo. Suami marah, doktor pun marah 😭😊 Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi . Fuh lega 😃Alhamdulillah kini di Trimester ke 2 (15minggu) , kandungan membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah . Syukur tak terhingga..Sehingga hari ni, diatas pengalaman keguguran yang lalu, saya hanya tawakal dan redha, semoga kandungan ini sihat sehingga melahirkan nanti Insyaallah. Video ni kenangan hanya kami ber4, diatas bantuan deco saat akhir oleh kak @ainacopartynsuch dan Video drpd @reymokhtar 😊 Hari tu Lepas dapat result Nipt mengesahkan baby sihat dan mengesahkan jantina baby, saya terus buat suprise pada mereka ber3 ni. Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam Keluarga kami.😢. Anak ibu, Cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang. My 2020 baby, Syukur,. Terima kasih Suami tercinta, @vieshantiekhan ,Team Hosp Umra.Terima Kasih ALLAH.Ini adalah #instaikhlas khas drpd sy untuk membantu ibu2 lain,Cari masa untuk berjumpa dengan Dato Dr Rafi atau Datin Dr Ummul. Insyaallah berkat doa dan usaha, akan berhasil. Amin YRA. Kredit Lagu : Hari ini by Dayang &Hael 💖#iburayfalraysha

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan Aidil pada penghujung Mac tahun lalu turut mendedahkan pernah diuji dengan keguguran sebanyak dua kali ketika di awal kehamilan.

Imbas kembali, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama dan berakhir pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak bernama Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemaima, 5.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest