Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

Fauzi Nawawi Beri Masa Sehingga 31 Ogos

Semoga Fauzi dan Lisdawati temui jalan penyelesaian segera.

Published

on

Pelakon Fauzi Nawawi memberi tempoh masa sehingga 31 Ogos ini kepada wanita yang menghilangkan diri selepas berhutang dengan isterinya, untuk menyerah diri.

Jika tidak, dia dan isteri yang juga pelakon iaitu Lisdawati akan mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita yang dikenali sebagai Nurul Ashikin itu.

“Sebelum ini, isteri dah dedahkan mengenai wanita ini di Instagramnya, namun masih tiada sebarang berita atau tindakan daripada pihaknya.
“Jadi, saya dan isteri beri masa kepadanya sehingga Hari Kebangsaan (31 Ogos) untuk dia tampil kalau benar-benar mahu rasa ‘merdeka’,” katanya.

Menurut Fauzi lagi, dia dan isteri sudah memberikan masa dan peluang yang cukup lama.

“Sebelum ini, kami tak mahu ambil tindakan dan kalau boleh tak mahu membawa hal ini ke peringkat undang-undang.
“Sebabnya, saya dan isteri bersimpati mana tahu kalau dia mempunyai masalah keluarga atau dengan suaminya.
“Tapi, kami sendiri pun dah mencarinya sehingga ke rumah, namun katanya dia sudah berpindah ke tempat lain,” ujarnya lagi.

Pada pertengahan Jun lalu, Lisdawati memuat naik foto seorang wanita yang dikatakan berhutang dengannya selain turut meminta pengikutnya di laman sosial membantu mengesan wanita itu untuk berbincang secara baik.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest