Hiburan
Fazura Lancar Video Muzik Can’t Forget Me
Tarikh 25 Januari 2019 sudah pasti ditunggu-tunggu buat mereka yang amat meminati pelakon dan penyanyi jelita, Nur Fazura Sharifuddin apabila dia melancarkan video muzik single terbaru, berjudul Can’t Forget Me.
Tarikh 25 Januari 2019 sudah pasti ditunggu-tunggu buat mereka yang amat meminati pelakon dan penyanyi jelita, Nur Fazura Sharifuddin apabila dia melancarkan video muzik single terbaru, berjudul Can’t Forget Me.
Berita gembira itu turut dikongsikan oleh Fazura menerusi laman sosialnya semalam.
“Out now! Catch the official music video of #CantForgetMe on my YouTube channel – “Fazura Official Vevo”, tulisnya menerusi kapsyen di Instagram.
Untuk pengetahuan, video muzik lagu yang berentak catchy ini dihasilkan oleh komposer berbakat besar dari Amerika Syarikat, Cameron Forbes dan Willy Beaman yang terkenal dengan karyanya untuk Greyson, Nico & Vinz dan Ratu Billboard, Demi Lovato serta Nicki Minaj.
Video muzik ini juga dikatakan paling mahal pernah dihasilkan oleh syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music Malaysia bagi artis tempatan.
Menurut penyanyi yang mesra dengan panggilan Faz ini, lagu Can’t Forget Me memberi penekanan tentang mencintai diri sendiri dan sentiasa kuat menghadapi setiap cabaran yang datang dalam hidup seseorang.
“Sewaktu pertama kali saya menulis lagu ini bersama Cameron, saya mahu lagu ini menyalurkan kekuatan dan rasa pentingnya mencintai diri sendiri melebihi apa-apa, dan bukan memberi tumpuan kepada sakit hati. Lagu ini bukan hanya ditujukan untuk wanita, lagu ini ditulis untuk sesiapa sahaja yang mengalami kesukaran dan saya berharap peminat suka dengan mesej yang terkandung dalam lagu ini sebagaimana saya menyukainya,”katanya.
Wah, semoga Fazura terus memberi memberi aura positif dan inspirasi kepada wanita di luar sana ya. All the best Faz!
-
Onz3 weeks ago
Terlalu Tekun Berlatih, Hairul Azreen Pecahkan Barang Milik Hanis Zalikha
-
Selebriti4 weeks ago
Video Jebat Jayden Panggil Siti Nurhaliza ‘Mummy’ Buat Ramai Terhibur
-
Viral4 weeks ago
Lagi Instafamous Rentas Negeri Kerana Honeymoon, Netizen Mahu Polis Siasat Kebenaran Merentas
-
Onz4 weeks ago
Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza
-
Onz3 weeks ago
Kaki Berdarah, Kilafairy Terjatuh Di Majlis Kahwin Neelofa
-
Selebriti2 weeks ago
Dilihat Peluk Neelofa Lepas Bertunang, Ini Sebenarnya Hubungan PU Riz Dengan Gadis Tersebut…
-
Selebriti2 weeks ago
Gurauan ‘Makan Dalam’ Tentang Belon Udara Panas, Sharnaaz Ahmad Gelak Sakan Dengan Shukri Yahaya
-
Onz3 weeks ago
“Terima kasih Sebab Khianati Aku” MK KClique Dedah Pembantu Peribadi Ambil Job Belakang Tanpa Pengetahuannya