Connect with us

Filem

Filem Gundala Ditayangkan Hari Ini

Jom ke pawagam!

Published

on

Filem super hero dari Indonesia, Gundala kini telah memasuki pasaran Malaysia hari ini.

Filem adiwira petama di dalam Bumi Langit Cinematic Universe arahan Joko Anwar ini mengisahkan tentang Sancaka lakonan Abimana Aryasatya yang hidup keseorangan setelah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya.

Filem yang diadaptasi daripada karakter komik Gundala ciptaan Harya “Hasmi” Suraminata, Sancaka telah disambar petir dan kemudian memberikannya kekuatan kerana hidupnya sering dilanda keresahan dan realiti kehidupan yang serba tidak adil.

Selain Abimana, Gundala turut dibarisi pelakon handalan Tara Basro sebagai Wulan, Ario Bayu sebagai Ghazul, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto dan Muzakki Ramdhan.

Malah, pelakon Malaysia Bront Palarae akan memainkan peranan sebagai penjahat utama iaitu Pengkor.

Gundala terlebih dahulu telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 28 Ogos dan telah mencatat jumlah penonton sebanyak lebih 1 juta tontonan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest