Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Filem Kron Mula Ditayangkan Di Pawagam

Kron, sebuah filem fiksyen pengembaraan.

Published

on

Filem fiksyen pengembaraan, Kron arahan Opie Zami mula memasuki pawagam hari ini.

Pelakon utama filem tersebut, Zahiril Adzim mengakui gembira filem lakonannya itu akhirnya menemui peminat selepas tiga tahun menanti.

Beliau juga mempunyai pendapatnya tersendiri tentang peranannya dalam Kron apabila bajet pembikinan yang menggunakan teknologi CGI dipertikaikan.

“Satu usaha yang baik daripada Opie bukan kerana saya berlakon dalam filem ini. Tidak ramai pengarah yang berani untuk buat filem CGI kerana kekangan bajet, tetapi Opie berani menyahut cabaran.
“Hollywood mungkin sudah terbang sampai ke langit. Kita boleh kejar sekiranya terus cuba melahirkan karya sedemikian.
“Banyak perkara yang boleh diperbaiki dalam Kron, namun saya gembira selepas tiga tahun akhirnya filem itu menemui peminat di pawagam,” katanya. 


Zahiril amat teruja saat mendapat tahu bakal bekerja dengan nama-nama hebat seperti Aman Graseka dan Ellie Suriati.

“Mereka berdua adalah antara pelakon yang sangat saya hormati dan sanjungi. Apapun penerimaan penonton nanti, saya tidak malu untuk turun mempromosikan filem ini walaupun elemen CGI masih banyak boleh diperbaiki,” jelasnya lagi.

Untuk pengetahuan, pembikinan filem Kron terbitan Opyglobal Pictures itu mengambil masa selama 28 hari penggambaran dan lokasinya adalah di Baling, Kedah dan Kuala Langat pada tahun 2017.

SINOPSIS

KRON mengisahkan Profesor Daud (Aman Graseka) seorang pengkaji sejarah di sebuah muzium di Kedah dan pembantunya Sham (Zahiril Adzim) mahu melakukan pengembaraan menjejaki laluan Raja Siam untuk membawa bunga emas dan perak ke negaranya. Namun begitu, dia tidak mendapat kebenaran daripada pihak atasannya kerana khuatir dengan bahaya yang menimpa.

Bagaimanapun, kehadiran seorang ahli perniagaan bernama Melur Seri (Dayana Roza) telah menguatkan lagi hasrat dan cita-cita Profesor Daud memandangkan segala kos pengembaraan akan ditanggung oleh Melur Seri. Manakala, Pian (Mamak Puteh) seorang pengarah televisyen paranomal yang telah mendapat tahu tentang pengembaraan tersebut menawarkan diri untuk merakam semua aktiviti secara percuma.

Pada mulanya, semua perjalanan berjalan lancar dan mereka telah menemui pemulaan laluan yang bersejarah itu. Namun, sebaik sahaja sampai di pertengahan jalan, pandangan mereka dikaburkan dan mereka telah masuk ke laluan yang salah, sehingga kesemuanya diganggu dan diburu oleh makhluk misteri iaitu KRON.

Jom saksikan trailer filem Kron di bawah.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest