Connect with us

Selebriti

Baru 4 Hari, Filem Lakonan Syafiq Kyle Dapat RM2 Juta???

Hebat lah Syafiq, Tahniah!

Published

on

Sejak berlakon dalam drama Nur dan Nur 2, populariti Syafiq Kyle semakin meningkat dan kini merupakan antara hero terlaris di pasaran.

Terbaru, Syafiq ada berlakon dalam sebuah filem seram, Pusaka. Err…dengar tajuk pun dah meremang bulu roma kan?

Sejak ditayangkan 31 Oktober lalu, filem yang diterajui oleh Syafiq sebagai pelakon utama itu mencatat kutipan melebihi RM2 juta dalam hanya empat hari tayangan.

Perkara ini didedahkan menerusi laman Instagram pelakon utamanya, Syafiq Kyle pada Isnin.

View this post on Instagram

Lebih RM2 juta dalam masa 4 hari. Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan semua! Yang mana belum tengok #filemPusaka boleh book tiket now ok?

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Katanya, watak Syafiq dalam filem arahan Razaisyam Rashid ini amat berbeza dan mencabar apabila melunaskan watak Inspektor Nuar Ishak yang menonjolkan unsur penyiasatan dalam garapan jalan penceritaannya.

Tahniah Syafiq kerana berani mencuba sesuatu yang baru. Patutlah ramai peminat!

Selain Syafiq, pelakon yang terlibat dalam filem Pusaka termasuklah Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest