Connect with us
You Da Boss

Filem

Filem Terbaik FFM30, One Two Jaga Ditayang Semula

Peminat yang terlepas peluang menonton filem One Two Jaga yang meraih trofi Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-30, pastikan berkunjung ke lapan pawagam TGV di lokasi terpilih, mulai Khamis ini.

Published

on

Peminat yang terlepas peluang menonton filem One Two Jaga yang meraih trofi Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-30, pastikan berkunjung ke lapan pawagam TGV di lokasi terpilih, mulai Khamis ini.

Slot tayangan istimewa ditawarkan TGV Cinemas Sdn Bhd selama seminggu bagi membolehkan peminat menyaksikan sendiri kehebatan filem arahan Namron itu, yang turut meraih lima trofi lain pada FFM30.

‘Crossroads: One Two Jaga’ wins Best Film at 30th Malaysia Film Festival

Penerbit One Two Jaga, Bront Palarae teruja dengan slot tayangan istimewa filem berkenaan bagi peminat yang terlepas menontonnya, tahun lalu.

“Terima kasih kepada TGV yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang terlepas tayangan terdahulu melalui slot istimewa.

“Kami berharap rakyat, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat mengambil peluang ini sebagai tanda sokongan terhadap dunia perfileman tanah air”

Selain Filem Terbaik, One Two Jaga menang lima trofi lain apabila bintang utamanya, Rosdeen Suboh diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, diikuti Namron yang menjulang trofi Pengarah Terbaik pada FFM30, Sabtu lalu.

Image result for one two jaga

Filem itu juga memenangi kategori Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Poster Terbaik.

Sementara itu, maklumat mengenai slot tayangan istimewa filem berkenaan menyebut lapan lokasi pawagam dipilih termasuk dua premis TGV di ibu negara iaitu pusat beli-belah, Suria KLCC dan Wangsa Walk, Kuala Lumpur.

Peminat juga boleh menonton filem ini di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya; TGV 1 Utama, Damansara; TGV Tebrau City, Johor Bahru dan TGV Bukit Raja, Klang.

Turut membuka slot tayangan istimewa adalah TGV Dpulze8, Cyberjaya dan TGV Kinta City, Ipoh, Perak.

Filem One Two Jaga yang menyelongkar isu salah laku dalam dunia kepolisan itu ditayangkan pada 6 September lalu. Ia dibintangi Bront, Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Iedil Putra dan artis Indonesia, Ario Bayu serta Asmara Abigail.

 

Sumber dari: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest