Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Fitnah, Memalukan: Che Ta Ambil Tindakan Mahkamah Saman Bekas Pemandu!

Pelakon sensasi Rozita Che Wan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pemandu, Muhammad Riduan, akibat difitnah di laman sosial Facebook tidak membayar gaji sebanyak RM2,000.

Published

on


Pelakon sensasi Rozita Che Wan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pemandu, Muhammad Riduan, akibat difitnah di laman sosial Facebook tidak membayar gaji sebanyak RM2,000.

“Saya terpaksa mengambil tindakan tegas kerana dia (Muhammad Riduan) telah mengadakan cerita tidak benar, sekali gus telah menjatuhkan fitnah dan memalukan.
“Saya telah berhubung dengan peguam untuk mengambil tindakan saman malu dan memintanya membuat permohonan maaf secara terbuka,” kata Che Ta.

Menurut Che Ta, dia tidak pernah berniat untuk tidak membayar gaji bekas pemandunya, sebaliknya kelewatan berlaku disebabkan sering tiada di pejabat.

“Bekas pemandu saya hanya bekerja selama dua bulan. Bulan pertama gaji dibayar seperti biasa, bagaimanapun untuk bulan Februari saya terlewat bayar kerana tidak masuk ke pejabat,” ujarnya.

Menurut Che Ta lagi, pada bulan Februari saja bekas pemandu itu bercuti selama 12 hari namun dia masih dibayar gaji penuh.

“Dia hanya bekerja selama 16 hari pada bulan lepas, tetapi saya tetap membayar penuh gajinya. Tambahan pula dia pernah melakukan kesalahan berbahaya antaranya terlelap ketika memandu,” ujarnya.

Selama menggunakan khidmat pemandu peribadi Che Ta tidak pernah berdepan dengan isu sebegini, malah pernah ada pemandu peribadi yang bekerja selama 10 tahun dengannya.
Che Ta juga mendedahkan lelaki itu hanya perlu bekerja tiga atau empat hari seminggu dan khidmatnya tidak akan digunakan jika Che Ta bercuti atau tiada dalam ibu negara.

Apa pun, diharapkan keadilan dapat ditegakkan dan isu ini diselesaikan dengan cara baik kedua belah pihak.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest