Home > #PenaHot > Fizo Omar Maklumkan Nama dan Papar Wajah Anaknya

Fizo Omar Maklumkan Nama dan Papar Wajah Anaknya

Selepas dua minggu menimang cahaya mata perempuan, tiba giliran pelakon Fizo Omar untuk mendedahkan nama anak sulungnya iaitu Wan Maryam.

Pengumuman berkenaan dilakukan menerusi laman Instagram miliknya hari ini dengan bersertakan sekeping gambar yang menunjukkan wajah bayi tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Fizo dalam entrinya turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan mereka selama ini juga penghargaan istimewa buat isterinya Mawar.

4 tahun mummy n daddy tunggu saya, dan saya tahu yang paling happy adalah neny saya Pn Faridah dan tok bah saya En Aminuddin sebab saya ni cucu pertama.

Fizo turut menyatakan bahawa ibunya turut gembira kerana satu-satunya permintaan ibunya kini telah termakbul.

Alhamdulillah, dengan kehadiran saya ni semoga membawa keberkatan dan menggembirakan semua orang.

Mawar selamat melahirkan bayi berkenaan pada 29 Disember lalu di sebuah hospital di ibu negara.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply