Connect with us

Muzik Buzz

Floor 88 Cari Vokalis Kedua Gara-Gara..

Selamat mencuba guys!

Published

on

Selepas vokalisnya rebah ketika melakukan persembahan pada konsert yang dianjurkan oleh sebuah stesen radio di Kuala Pilah Negeri Sembilan, kumpulan Floor 88 kini menyatakan hasrat mereka yang baru.

Menerusi laman Instagram rasmi milik mereka, kumpulan berkenaan kini sedang mencari vokalis kedua dengan kriteria yang diberi.

Perkara berkenaan dilakukan atas saranan pihak hospital agar vokalis mereka Ayie mempunyai ‘teman’ untuk menyanyi bersama diatas pentas sehingga kesihatannya benar-benar pulih.

Kriteria yang dikehendaki adalah termasuklah:-

1. Boleh menyanyi dengan baik.
2. Berperwatakan menarik dan bersopan-santun serta pandai mengambil hati.
3. Umur 18 – 25 tahun.
4. Lelaki/perempuan
5. Tidak merokok/dadah dan minuman keras

Sementara itu, kumpulan berkenaan turut memohon agar sesiapa yang berminat, sila hantarkan rakaman menerusi Instagram feed masing-masing dengan tanda pagar 2ndvokalisfloor88 serta perlu menyanyikan lagu floor88. Keputusan muktamad juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Selamat mencuba guys!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest