Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Followers IG Ain Edruce Cecah 1 Juta

Tahniah Ain!

Published

on

Pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal Ain Edruce, 29, berkongsi berita gembira apabila jumlah pengikut di laman sosial Instagram miliknya sudah mencecah 1 juta.

Perkara itu didedahkan menerusi satu foto yang dimuat naik Ain pada 26 Februari lalu memakai baju bewarna merah.

View this post on Instagram

1M FOLLOWERS ?!!! Finally. ❣️❣️❣️ Sayang hampa semua . Gamba last @tinyy.mhd kata favourite dia. So aku masuk lah. Favourite korang jugak x?

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Imbas kembali, Ain mula dikenali sebagai pengacara menerusi rancangan kapsul hiburan MBuzz selama dua minit di TV3.

Selain itu, aktres tinggi lampai itu juga pernah membintangi beberapa drama popular antaranya sebagai Rosnaida dalam drama Kekasih Paksa Rela, Kenyalang I’m In Love, 30 Pesanan Suara, Iktibar dan terbaru, drama Camelia.

Ain atau nama lengkapnya Nurulain Ar Edruce mula bergiat aktif dalam industri hiburan sejak 2011 dan pernah tercalon pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 menerusi kategori Artis Baharu Wanita Popular.

Untuk rekod, Ain telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest