Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Foto Atas Pelamin: Irfan Haris Dah Bertunang?

Baru-baru ini, penyanyi Irfan Haris mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dia memuat naik foto di atas pelamin bersama seorang gadis dikenali sebagai Farisha Iris di Instagram.

Published

on


Baru-baru ini, penyanyi Irfan Haris mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dia memuat naik foto di atas pelamin bersama seorang gadis dikenali sebagai Farisha Iris di Instagram.

Desas desus mengatakan Irfan sudah bertunang itu diperkuatkan lagi dengan kapsyen romantis ditulisnya.

“Sempurna kamu, bidadari pun cemburu,” tulisnya. 

Namun hakikatnya, Irfan menjelaskan mereka hanya sekadar kawan biasa dan hanya kebetulan bergambar di atas pelamin.

“Mana ada bertunang. Dia juga bukan kekasih saya. Kami hanya kawan.
“Kebetulan, semalam saya menghadiri majlis perkahwinan kakaknya. Jadi, saya ajak bergambar di pelamin,” katanya.

Mengenai kapsyen yang dimuat naiknya pula, adik kepada penyanyi, Amira Othman itu memberitahu ia adalah lirik untuk lagu terbarunya bersama Amira.

“Kapsyen itu pula adalah lirik lagu terbaru saya bersama kakak, Amira Othman berjudul Sambil. Saya saja letakkan kapsyen itu pada gambar berkenaan,” ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan, Irfan masih solo dan dia belum terfikir soal jodoh untuk bercinta.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest