Connect with us
Hot Kool Jam

Inspirasi

Foto Syukor Khamis Yang Digelar ‘Mowgli Malaysia’ Bakal Dipamerkan Di Eropah!

Syukor Khamis, antara remaja paling bertuah!

Published

on

Menjadi popular dengan caranya tersendiri, Muhammad Syukor Khamis, 14, antara remaja paling bertuah.

Foto Syukor yang diberi gelaran Kampung Boy Terengganu pernah menjadi bualan hangat dan tular di media sosial beberapa bulan lalu gara-gara gambar beliau bersama sekumpulan kerbau yang penuh nostalgia.

Selain Kampung Boy, adik Syukor Khamis turut dikenali sebagai Mowgli Malaysia.

Wah, nampak unik dan mesra je kan adik Syukor Khamis ni bermain dengan kerbau?

Untuk pengetahuan, sejak usia empat tahun Syukor sudah terbiasa mengikut bapanya, Khamis Jusoh, 63, ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu menyebabkan hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat dan akrab.

Terbaru, jurugambar profesional yang menangkap foto adik Syukor, Nazri Sulaiman menerusi laman Facebook rasminya membuat pengumuman bahawa foto itu akan dipamerkan di galeri di Rome, Itali dan beberapa negara lain sekitar Eropah.


Foto-foto hebat dan luar biasa ini juga pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat asia dan juga dunia.

Syabas Nazri dan Syukor!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest