Connect with us
You Da Boss

Inspirasi

Fuh! Imej Terkini YB Khairy Jamaluddin Persis Pelakon

Kalau macam ni, tak boleh cari makan la Remy Ishak…

Published

on

Kalau dulu kita tengok YB Khairy Jamaluddin sentiasa aktif menerusi laman media sosial di semua platform dengan aktiviti yang dilakukan serta pelbagai inisiatifnya, namun kebelakangan ini sukar nampak bayang.

Kemungkinan YB kini agak sibuk menguruskan hal-hal yang lain ataupun sedang fokus dengan perkara yang harus diberi tumpuan selain keutamaan keluarga sehingga tidak sempat mengemas kini laman sosial miliknya kan?

Umum mengetahui bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ini empunyai perwatakan mesra dan selamba, jadi tidak hairanlah kalau beliau sentiasa menjadi perhatian golongan anak muda.

Terbaharu, ahli Parlimen Rembau tersebut tular dek kerana menjadi penghias muka depan sebuah majalah tempatan bagi edisi bulan September yang ternyata memaparkan personalitinya nampak dari sudut berbeza.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tampil dengan gaya maskulin, ahli politik berusia 43 tahun itu kelihatan seperti membawa watak yang persis seorang pelakon.

Bagaimanapun, menerusi laman Instagram seorang stylist pula memaparkan sisi lain KJ yang turut menampakkan jejaka ini tak ubah seperti pelakon.

Gambar tersebut berjaya mengundang perhatian ramai di laman Facebook dengan memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata memuji ketampanan KJ.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest