Connect with us
You Da Boss

Viral

Gadis Tak Beli Baju Baru Untuk Hari Graduasi, Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh Rakannya

Semoga persahabatan ini kekal..

Published

on

Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang.  Paling gembira, pastinya kedua ibu bapa yang berpeluang melihat kejayaan anaknya.

Sebagai seorang graduan pula, pastinya mahu kelihatan segak dan cantik pada hari bersejarah itu, dengan membeli pakaian baru untuk digayakan.

Bagaimanapun, lain pula yang jadi pada seorang gadis yang membuat keputusan untuk tidak membeli baju baharu mungkin ada sebab tersendiri.

Namun, sebagai seorang rakan yang mempunyai semangat setiakawan, mahu yang terbaik untuk rakanya, dia telah membuat sesuatu yang tidak dijangka.

Video berdurasi 1 minit itu telah dikongsi oleh pengguna Twitter yang bernama @EmaaaArmi memaparkan dia memberi hadiah buat temannya yang tidak membeli sebarang baju baharu untuk Hari Konvokesyen yang bakal diadakan.

Video berkenaan turut mendapat perhatian setelah rakannya itu kelihatan sebak selepas diberi hadiah sehelai kain/tudung.

Rata-rata menerusi laman tersebut memuji tindakan gadis tersebut dan berharap persahabatan mereka akan kekal selama-lamanya.

  • @wallawaniey: Baiknyeee dia. Pretty inside & outside. I doakan friendship korang sampai syurga jannah. Ameen
  • @zainab: Keep her.. Jaga friendship betul². Kekadang kawan yg rajin belnja kita ni bukan nak balasan apa, cukup kekal berkawan sampai bila² dah satu nikmat dah.
  • @yiyien: Ok i’m crying too, emaaaaaa……. what is thissss! This is so sweet

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest