Home > #PenaHot > Gara-Gara Tertelan Wisel, Nafas Kanak-Kanak Ini Berbunyi Hon!

Gara-Gara Tertelan Wisel, Nafas Kanak-Kanak Ini Berbunyi Hon!

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilapor tertelan wisel mainan mengakibatkan apabila dia menarik nafas melalui mulut akan mengeluarkan bunyi seperti hon.

Sehubungan itu, doktor terpaksa membuat pembedahan untuk mengeluarkan wisel dari tekak kanak-kanak berkenaan.

Image may contain: 2 people, shoes

Doktor tersebut juga telah berkongsi video pendek berkaitan insiden terbabit untuk memberi kesedaran kepada semua ibu bapa tentang bahaya alat permainan ketika berada di bilik kecemasan hospital di wilayah Argentina.

Posted by Santiago Gomez Zuviría on Tuesday, 26 September 2017

Video ini memaparkan kanak-kanak lelaki itu memandang ke arah kamera dan kemudiannya menarik nafas lalu mengeluarkan bunyi hon.

Sehingga jam 4:00 petang tadi, video itu telah pun mencapai lebih 9 juta tontonan.

Image may contain: one or more people

Wisel yang berwarna putih ini telah membuatkan saluran tekak kanak-kanak itu dibedah untuk membuang alat tersebut. Menerusi perkongsian doktor berkenaan juga, kanak-kanak itu dijangka akan pulih sepenuhnya selepas pembedahan dilakukan.

Leave a Reply