Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Gara-Gara Watak ‘Ustaz Hamadi’ Azhan Rani Terima Ugutan Bunuh

Siapa sangka watak Ustaz Hamadi dalam drama bersiri Nur mampu menaikkan nama pelakon Azhan Rani ke tahap lebih tinggi.

Published

on

Siapa sangka watak Ustaz Hamadi dalam drama bersiri Nur mampu menaikkan nama pelakon Azhan Rani ke tahap lebih tinggi.

Sejak musim pertama sehingga lah sequelnya, Nur 2 ternyata lebih ‘padu’ dengan kehadiran watak Ustaz Hamadi yang dijayakan oleh Azhan Rani.

Namun kejayaan membawa karakter jahat itu turut memberi impak besar kepada Azhan apabila dia menerima ugutan bunuh di laman sosialnya.

Tidak cepat melatah, pelakon berusia 43 tahun itu tidak menyifatkan ugutan itu sebagai ancaman sebaliknya faham peminat hanya membenci karakter Ustaz Hamadi yang dilakonkannya.

Sementara itu, Azhan juga bersyukur watak Uztaz Hamadi ‘dibenci’ penonton sekaligus membuktikan bakat lakonannya berkesan.

Selain Azhan Rani, drama Nur 2 turut dibintangi Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azar Azmi, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noor Khiriah dan Raja Atiq.

Siri pertama drama tersebut juga turut ‘sapu bersih’ enam anugerah pada malam DFKL yang berlangsung di Putrajaya pada 7 April lalu.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest