Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Geli Hati, Suami Ini Buat Surat Permohonan Kepada Isteri Untuk Beli Set Gaming Baharu!

Semoga ‘permohonan’ diluluskan…

Published

on

Tidak kira peringkat umur, lelaki dan permainan video memang sukar untuk dipisahkan. Tak kisah lah sama ada permainan di konsol, komputer mahupun telefon pintar.

Begitu pula dengan kisah seorang pengguna Facebook bernama Nana Lisa, yang berkongsi ‘surat permohonan’ suaminya untuk mendapatkan kebenaran membeli barangan gaming. 

Gelagat Lucu Suami Buat Surat Rasmi Minta Kebenaran Isteri Beli ...

Geli hati apabila membaca ‘surat permohonan’ encik suami Nana Lisa ni!

Mengatakan yang dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk membeli motor baharu disebabkan risiko tinggi dan mempertimbangkan aspek keselamatan,

“Bie selaku suami sayang ingin membatalkan hasrat untuk membeli motor baru memandangkan risiko yang tinggi dan mengambil kira tentang keselamatan diri”

Malah meminta isterinya untuk memahami keadaan ‘PC’ nya yang sudah berusia hampir 10 tahun membuatkan ianya tidak relevan untuk tidak digunakan lagi.

Apa yang paling mencuit hati adalah apabila suaminya berkata,

“Jika sayang ingin membuat sumbangan, kecil tapak tangan, nyiru bie tadahkan.”

Kreatif dan bijak juga suami cik Nana Lisa ni.

Sama-sama kita doakan supaya ‘permohonan’ encik suami Nana Lisa ini diterima. Goodluck!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest