Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Inspirasi

Genap Setahun Dibedah, Dr. Amalina Bangga Dengan Perkembangan Terkini Ainul Mardhiah

Comelnya dia!

Published

on

Pakar bedah warganegara Malaysia, Dr. Amalina Bakri berkongsi perasaan gembira selepas melihat perkembangan positif adik Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin.

Menurut Amalina menerusi laman Twitter miliknya, pada 10 Jun genap setahun Ainul dibedah selain tidak menyangka bahawa begitu cepat masa berlalu.

Amalina turut menzahirkan penghargaan buat doktor-doktor yang telah membantunya ketika pembedahan tersebut berlangsung.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Amalina melahirkan rasa syukur serta turut sama berasa gembira selepas melihat keadaan Ainul yang makin sihat.

Ainul Mardhiah yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’ tiba di London pada 25 Mei dan menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Great Ormond Street bagi membuang tumor seberat 200 gram pada 10 Jun.

Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri, yang bertanggungjawab membawa bayi itu serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest