Connect with us
Projek Radio

Onz

“Habis Terciduk English Semua,” Bila Adibah Noor Jadi Nenek Lailer Dalam Kampung People 2

Tak sabar!

Published

on

Umum mengetahui bahawa drama rantaian Kampung People 2 bakal kembali dengan telatah yang lebih melucukan September ini!

Apa yang lebih menarik kali ini, drama tersebut bakal menyaksikan kemunculan istimewa Adibah Noor yang akan memegang watak baharu dalam drama berunsurkan komedi itu.

Pelakon dan penyanyi terkenal itu baru-baru ini telah memuat naik sekeping gambar menerusi laman sosial Twitter miliknya memaparkan dirinya berdiri disamping pelakon-pelakon drama berkenaan.

Are you ready? Is the nation ready? Is the world as we know it ready battery ever ready?” tulisnya.

Menurut portal Berita Harian, Adibah akan memegang watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein.

“Berdasarkan skrip diberi, watak Dona memang agak over daripada anaknya. Mona sendiri tidak mampu untuk melawan aksinya yang melampau itu,” jelas Adibah

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata tidak sabar untuk menantikan kemunculannya dalam drama berkenaan selain reaksi spontan daripada seorang pengguna yang menyatakan:-

Kampung People 2 yang mendapat pujian ramai ketika ditayangkan buat kali pertama di TV3 pada 2019 mengekalkan pelakon asal seperti Rashidi Ishak, Elly, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest