Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

Hael Cipta Hanya Untuk Siti

Siapa agaknya yang akan jadi pengganti Siti?

Published

on

Siapakah bakal menyanyikan lagu Anta Permana?

Status mengenai siapakah yang akan mengalunkan vokal untuk lagu Anta Permana masih menjadi teka-teki selepas penyanyi asalnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan keputusan tidak akan bertanding pada acara Muzik Muzik 34.

Sementara itu, pencipta lagu berkenaan, Hael Husaini menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia yang akan menyanyikan lagu Anta Permana sekiranya lagu itu layak ke peringkat Separuh Akhir nanti.

“Lagu Anta Permana dihadiahkan kepada Siti. Lagu itu saya cipta hanya untuk Siti. Kami masih lagi berbincang untuk mencari siapa yang layak atau boleh menyanyikan lagu itu.
Insya-Allah, jika sudah ada keputusan nanti, kita akan beritahu. Saya fikir biar pihak Siti sendiri yang beritahu,” katanya.

Dalam pada itu, Hael tidak ralat dengan keputusan dibuat Siti dan menghormatinya.

“Ralat itu tidak, tapi saya bersama Ezra Kong selaku komposer tentu saja setiap lagu yang dibuat adalah nyawa dan jiwa penyanyi itu sendiri.
“Namun, kita menghormati keputusan penyanyi jika dia tidak mahu menyanyikan lagu itu. Insya-Allah, jika tiada pengganti juga, mungkin kita tengok cara terbaik yang boleh dilakukan dengan lagu itu.
“Saya tetap rasakan hanya Siti yang boleh nyanyikan lagu itu,” tegas Hael.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest