Connect with us
Duit Dari Kayangan

Muzik Buzz

Hael Husain Kembali Dengan Lagu Sempena Ramadan

Korang dah bersedia belum?!

Published

on

Pada tahun 2019, penyanyi Hael Husaini telah tampil dengan lagu Bersyukur Seadanya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri sehingga ia berjaya menjadi siulan orang ramai, malah ada yang merakam kembali video terbabit dengan tarian yang sama seperti video muzik yang dilancarkan.

Menariknya baru-baru ini penyanyi yang berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu turut memaklumkan dia telah dipilih sebagai penyanyi untuk lagu tema bersempena dengan bulan Ramadan oleh sebuah saluran rancangan televisyen.

Penyanyi itu memberitahu lagu berjudul Senyuman Ramadhan dan video muziknya akan dilancarkan pada 24 April 2020.

View this post on Instagram

Semua sunyum buat ku tersunyum 😃 . Jom sambung rangkaian senyum ini dengan senyuman anda bersama insan tersayang. Jangan kedekut meh share sini 😁 . #indahkansenyuman #senyumanramadhan #SenyumanRamadhanHH

A post shared by TERLANJUR CINTA – New Release (@haelhusaini) on

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak sabar menantikan kemunculan lagu tersebut malah ada juga yang sudah bersedia untuk kembali menari dan merakam video masing-masing.

Terdahulu, lagu Bersyukur Seadanya hasil nukilan penyanyi tersebut dan Ezra Kong telah mencipta satu fenomena apabila berjaya menerima lebih enam juta tontonan menerusi laman Youtube.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest